Selasa, 6 Oktober 2009

FINALLY..

2 more days to go..WE will meet together2...

Terima kasih kepada semua yang menyokong tak kira yang dapat hadir atau tidak pada hari tersebut.. Kalau anda rasa anda menyokong, jadi jutaan
TERIMA KASIH BUAT ANDA SEMUA..

Saya dengan ini mengumumkan JUMLAH YANG AKAN HADIR PADA HARI TERSEBUT adalah sebanyak 37 orang DEWASA dan 18 orang KANAK-KANAK. Mereka-mereka adalah :

1. Sharul + Yatie + anak
2. Apaiyoss + Kak Otiey + 2 anak
3. E'e + suami
4. Mar + suami + 2 anak
5. Azura + suami + anak
6. Shada + suami
7. Shem
8. Hamim + tunang
9. Kak Inaz + suami + 3 anak
10. Jujue + suami + anak
11. Udeq + suami + 2 anak
12. Mokhriza
13. Youne
14. Mie (tandop) + isteri + anak
15. Badrul Azhar
16. Gee Ariesa + suami + 2 anak
17. Falwie + tunang
18. Siti Rosilah (adek)
19. Shazry
20. Aida + suami + anak
21. Rasyid
22. Nana + suami + 2 anak

Datang awal. REGISTRATION bermula pukul 2 to 3 pm ONLY. Kaunter akan ditutup selepas itu (kalau ada sapa nak tolong tunggu meja tu sampai semua orang datang, boleh laa bukak terus).

Tempat:

Lobby Hotel Putra, Jalan Tun Razak, KL bersebelahan Hospital Pusrawi.

Acara makan-makan, sembang-sembang bermula pada pukul 3.00 petang.

BOLEH BAWAK CD LAGU-LAGU NOSTALGIA ANDA UNTUK DIMAINKAN.

Sebelum bersurai, kita akan menyusun perancangan untuk next gathering. (korang plak eh handle).. Majlis tamat pada pukul 6 petang.

Sekian, terima kasih. Jumpa nanti.. yeaaayyy.......

NOTA SANGAT PENTING : Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan sebab kita hanya ada 3-4 kerat urusetia sahaja untuk uruskan banyak perkara.. so, pleeease cooperate and YOUR COOPERATION IS HIGHLY APPRECIATED.

TQ again.

Isnin, 7 September 2009

REMINDER !!!

Dear frens..


TOLONG KONFEMKAN KEHADIRAN KORANG SECEPAT MUNGKIN...

konfemkan sekali JUMLAH berapa orang nak datang, nak bawak suami, tunang, anak2, isteri2.. atau sapa2 lah..

we need to know the exact number of people who'll join the gathering..


KEMUDIAN,


TOLONG KEMUKAKAN BAYARAN AS SOON AS POSSIBLE bagi memudahkan segala urusan.

Your cooperation is highly appreciated. TQ


SENARAI DAH BAGI CONFIRMATION :

1. Shem
2. Sharul + Yatie + anak
3. Azura + suami + anak
4. Apaiyoss + Kak Otiey + 2 anak
5. Rabia
6. Hamim + bakal isteri
7. Kak Inaz + suami + 3 anak

8. Marliana + suami + 2 anak
9. Udeq + suami + 2 anak
10. Mazlina
11. Shada + suami
12. E'e + suami
13. Mie Tandop (Suhimi) + isteri + anak
14. Awie + tunang
15. Badrul Azhar
16. Gee Ariesa + suami + 2 anak
17. Mokhriza
18. Adek (Siti Rosilah)
19. Am (Idham) **
20. Dinkuci **
21. Shazry + isteri
22. Aida + suami + anak
23. Rasyid
24. Jujue + suami + anak
25. Youne (Nurul Huda)

**tolong bagi confirmation berapa orang akan hadir, pleasee...

JUMLAH SETAKAT INI

(belom campor yang bertanda merah)=

38 dewasa 16 kanak-kanak


SENARAI DAH BUAT BAYARAN :

1. Sharul - RM80
2. Apaiyoss - RM80
3. Shada - RM80
4. Kak Inaz - RM40
5. Mar - RM80
6. Bad Azhar - RM40
7. Aida - RM80
8. Rasyid -RM40
9. Awie - RM80
10. Youne - RM40
11. Adek + Mokh - RM80
12. Hamim - RM80
13. Udeq - RM80

-

Khamis, 27 Ogos 2009

korang dah bg keputusan ker??

salam..

terima kasih pada semua.. ada yang dah konfem kan kehadiran, dah buat bayaran, dah tolong forward pada rakan2 lain.. dan lain2 lah... TERIMA KASEH SUMERR.. aper yang pentinggg??... KERJEE SAMEEE.. hehe

so details of gathering ada dah place kat sebelah kanan blog ni.. so korang tengok kat situ ek..

ni aku update pada mereka2 yang dah respon, so mana yang belom respon, harap dapat buat keputusan segera.

SENARAI AKAN HADIR :
1) Shem
2) Sharul - Yatie
3) Zura
4) Apaiyoss - Kak Otiey
5) Rabia
6) Hamim
7) Kak Inaz
8) Marliana
9) Udeq
10) Mazlina
11) Shada
12) E'e
13) Mie Tandop
14) Awie
15) Bad Azhar


SENARAI DAH BUAT BAYARAN :
1) Sharul - Yatie paid RM80
2) Apaiyoss - Kak Otiey paid RM80
3) Shada - suami paid RM80


SENARAI DAH BAGITAU TAK DAPAT DATANG : **
1) Zila - pegi konvo adik kat Sabah on that date.
2) Tasnim - in KL on family matters, but not on that date.
3) Kak Jie - tengah bz dengan year end report.
4) Younne - budak2 ada exam.
5) Ayu (Zuria) - ada class.
6) Ani (Ruziani) - ada class.
7) Naimah - ada class.
8) Lys (Lil Muhlynis) - ada hal.
9) Ajue - outstation.
10) Bad Izral - ada komitment lain.

(** sebarang pertanyaan, sila tanya sendiri pada tuan punya badan)

ni ada aku add map (tapi map pusrawi).. korang bleh gak view kat asiamap untuk lebih senang, cari pakai keyword pusrawi, sebab kalo cari hotel putra tu, susah sket.. hotel dan hospital tersebut adalah bersebelahan sahaja..

pastu mintak korang masukkan bilangan anak sekali masa inform kedatangan tu yer.. sebab ada goodie bag jugak untuk kanak2.. kalo tak inform, kecik plak ati anak2 korang.. tak pun aku ler plak yang pepandai wat assumption korang ada 3,4,6 orang anak..








tq semua..

Khamis, 20 Ogos 2009

date n place CONFIRMED!!

so bleh tak TOLONG RE -CONFIRM kehadiran korang!!..

meh aku ceta sket, aritu kata nak wat end of october kan, tapi atas sebab2 yang munasabah, tarikh telah diawalkan.. kalo awal october bleh??
so aku try to find a date... seminggu sebelum deepavali, 10hb oktober 2009... bersamaan 21 Syawal 1430H.. jadi kita boleh la wat ala-ala perjumpaan raya sekali.. (zura pesan suh bawak kue raya, sila reserve kue raya anda juga)

tempat pun zura dah usya kan.. here's the details :

TARIKH : 10/10/2009 (SABTU)
TEMPAT : HOTEL PUTRA, JALAN TUN RAZAK, KL
JENIS HIDANGAN : HI-TEA

MENU :

PENYERI SELERA
Sardin Sandwich
Egg Sandwich
Tauhu Sumbat
Pasembor
Rojak Buah
Mix green Salad
Fish & Prawn Crackers


HIDANGAN UTAMA
Bihun Goreng
Ayam Goreng Berempah
Nasi Goreng
Laksa / Mee Kari / Mee Rebus ( Optional )
Roti Jala with chicken curry
Fish Fingers


DESSERT
3 types of fruit
3 types of malay kuih
1 type bubur
1 type pengat
Cake
coffee
tea
cendol
agar - agar


BAYARAN : rm40 per pax.. anak-anak tak yah kira.. mak bapak jer perlu bayar..

*bayaran adalah termasuk makanan (dan sewa dewan), juga goodies untuk mak/bapak dan anak2...

harap korang setuju dengan pilihan tempat.. kalo tak setuju, sila sponsor tempat yang lebih best (dan mahal).. :D

so, hurry.. masa tak panjang sangat.. kena cepat2 kutip duit untuk cepat2 booking tempat.. (booking dengan duit... bukan booking dengan air liur :D.. dengan air liur dah booking dah..)

aku dah bagitau awal2 ni, korang reserve kan la masa korang kejap ek.. untuk "AFTER 10 years" gathering ni..

tq all..

eh lupa lak.. kalo ok, suami isteri dah setuju (jangan gado2 yer).. boleh la masukkan duit ke akaun sayer :

BANK : MAYBANK BERHAD (MBB)
ACCOUNT NO : 1571 0250 1210
NAMA : SAHIDAH BINTI AHMAD

Sila bagitau kalo dah masukkan duit beserta details seperti jumlah dan masa transaksi dilakukan.. (kalo tak bgtau, nanti saya ingat ada orang bagi saya duit raya, jangan marah)

emel : shada_23@yahoo.com
ataupun boleh msg ke inbox facebook saja.

sekian.



info : hotel putra adalah bersebelahan dengan pusrawi..

Selasa, 4 Ogos 2009

sila bagi nama sapa nak join..

meh sini bagi nama sapa yang bleh join gathering BUDAK2 IPM ALOR SETAR batch 1998-2000.

tempat = KL;
masa = october/november 2009.

KORANG NAK TIME DAN TEMPAT YANG LEBIH DETAIL??.. sila cepat bagi keputusan nak join ker tak.. supaya cepat kitorang leh cari tempat yang sesuai.. time tu baru leh bagi date dengan tepat.. dan juga harganya..

YANG JOIN :
1- Shem (Shamsur Hasan)
2- Shada (Sahidah Ahmad)
3- Hamim (Hamim Syahril)
4- Jujue (Masrita Azura Mohamed)
5- Ayu (Zuria Anita Harun)
6- Azura (Azura Anuar)
7- Kak Inaz (Nur Zafinaz Azmi)
8- Shida, Payork (Nor Shida Mohd Hazam, Mohd Fauzi)
9- E'e (Elon Aizon Noor)
10- Zila (Nor Azilah Yahya)
11- Bad Izral (Badrul Izral Bahrem)
12- Bad Azhar (Badrul Azhar)
13- Mar (Marliana Rahayu Musa)
14- Gee Ariesa (Fauziah Ahmad)



YANG AKAN JOIN KALAU ADA KAT KL TIME TU :
1 - Adik (Siti Rosilah Sulaiman)
2 - Mokhriza (Mokhriza Mahmood)



INSYA ALLAH AKAN JOIN, DEPEND ON DATE :
1 - Youne (Nurul Huda Hamzah)


lagii.. lagii.. yang tak mau join pun bleh bagi tau..

new poll.. please vote..

aku dah set satu lagi poll untuk korang vote mengenai persoalan dalam post sebelum ni..

jadi korang fikir2 dan vote lah yer.. kalo bleh, jangan vote sesuka ati, vote lah dengan bijaksana..

walau bagaimanapun, korang kena la fleksible sebab takut kalah vote nanti tanak join plak.. aku rasa sepatutnya ramai yang bleh join memandangkan lokasi yang dipilih adalah di KL, kalo aku dari penang bleh p, takkan korang yang sekangkang kera, gorilla mahupun bigfoot itu tak leh nak attend kan..

lagi cepat kita dapat keputusan, lagi cepat kita bleh setelkan everything, so bila dah dekat nak sampai masanya tu cuma leh berdebar2 tunggu hari jer.. cewaah berdebar2 ker.. hehe.. tak per, chenta lama aku konpem tak join.. ewaah tetiba.. tak per, chenta dulu, kini dan selamanya tetap di sisi.. haha sori, terbuat macam blog sendiri plak..

tapi kan, (aku dah mula berangan nih), kalo kita yang dari utara ni, kedah, penang, perak bleh konvoi sekali best kan.. ecewaah.. aku, jujue, mokhriza, naimah, ina bonda, apit, siti rosilah (ni kakak ker adik ek) lagi sesapaa lah yang ada kat sini.. mesti gempak.. tu nak kena plan bebaik..

SELAMAT VOTE LAGI.. sesak napas gak nak tunggu vote korang nih..

Rabu, 22 Julai 2009

gathering reunioun... reunioun gathering..

ATTENTION... attention to all..


kawan2, as the vote is closed now (hehe dah lama close kan, sori baru sempat nak update), so kita dah bleh amik la keputusannya....


jadi gathering kita kali ini akan diset mengikut keputusan undian lah :

TEMPAT : KL
MASA : OKTOBER


memandangkan tempat adalah di KL, aku nak mintak kawan2 kat KL lah tolong surveykan tempat, bagi cadangan, kalo bleh dapatkan harga sekali lah...


mintak kerjasama kawan2 lah, aku pun sangat bz skang.. so, masa akan jadi sangat cepat berlalu.. mebi ada tempat2 yang korang2 dah pernah buat, jadi boleh cadangkan...


tapi perlu juga difikirkan apa aktiviti nak kita buat sepanjang gathering tu.. adakah :
#1 - sembang2 dan makan2 sajer... ATAU
#2 - ada aktiviti2 lain selain makan2 dan sembang2.. seperti acara ucapan atau bertukar hadiah atau nak adakan door gift dsb..


dengan maksud, kalo kita just nak buat macam option #1 itu, kita boleh jer p tempat makan seperti restoren dan sebagainya.. masa yang diambil juga tidak lama...


atau pun option #2 - di mana kita perlu satu ruang (hall) untuk kita betol2 bergather2 dan sembang2 dan makan2 dengan amat rancak sekali.. jadi boleh spent masa lebih sket..


dan kalo ikut pendapatan dan kepala otak aku, aku nak option #2 lah.. kita buat kat hotel, setkan satu petang untuk kita.. mebi 2-7 pm, dengan hi-tea yang agak berat perhaps.. so kita leh la setkan agenda during that time.. ada lah flow sket.. tak ler macam sia2 sangat kitorang2 yang mai jauh2 dari utara, selatan dan kutub nih kalo setakat nak jumpa kat restoran, makan2 jer kan...


taaapi kaan, tu ler, apa2 pun nak kena mintak tolong korang2 yang kat KL lah.. untuk survey n lain2 keja.. (sapa suh korang vote kl kan, kena aah wat keja sket)

dan cam biasa, kalo bleh kena cepat aah.. (haha biaser, nak cepat sajer).. lagipun ni tak lama lagi dah nak puasa, pastu nak raya kan.. kurang2 kalo dah dapat tempat, boleh ler bajet2 masa dan ongkos nya kan..

geng2 utara, selatan dan lain2.. jangan kecik ati, takper, kali ni kita kasi can orang KL tak yah jalan jauh2 dulu, nantiii diorang lak la yang kena turun, okeeh... insya ALLAH..

pastu satu lagi, kalo ikut vote, 12 jer yang kata memang akan join, 7 lak yang kata ya, tapi macam tak janji kan.. hmm so camner.. ini sahaja kah orangnya.. kalo nak buat vote lagi pun, tempat lom ada.. tapi korang pun mesti tak suka kan, vote2 ni amik masa.. so camner, aku dah buntu.. camana nak mengumpulkan semua kawan2 nih..

tapi macam mana pun, kalo dah ada tempat nak gather2, keja akan jadi lebih senang lah.. skang ni banyak sangat soalan yang tak bleh nak jawab kalo ditanya... so, please find the answer :

WHERE : tempat nak buat.. kalo bleh make sure makan sedap ek..
WHEN : exact date mungkin bleh tentukan bila dah dapat tempat la.. OKT-NOV..
WHO : berapa ramai nak join.. kalo dapat tau yang ni dulu, senang sket nak carik tempat kan..
WHAT : reunioun kita ler.. lagi mau tanya..
HOW : kena datang la.. baru leh jumpa.. camana nak datang, ikut suka ati perot korang lah.. naik keta ka, naik bas ker, naik kape tube ker, kapal selam ker.. jalan kaki pun tak kesah..janji sampai..


ehee... tetiba wat 4W1H kan... konon macam efisien sangat haku.. huahahahaha..

ehh.. ada satu g, HOW MUCH : aa yang ni memang korang kena concern lebih sket ek.. akan diberitahu kelak.. hehe...


sekian.

ramai2 meh tolong aakuuu....

*aku bagi selingan pic, kasi racun sket*

Isnin, 25 Mei 2009

mana mereka??

salam.. haii..

lama tak update.. korang pun senyap jer.. bawak2 ler ceta apa2.. emel gambar kat haku ker.. apa ker.. boleh jer email kat ipmas98@gmail.com

k, macam aku kata aritu aku akan come out dengan more pics.. so here it is..

entry kali ni aku dedicate untuk mereka2 yang telah sangat lama tidak memunculkan diri.. terutamanya kepada aku.. :) so aku tak tau apa kabarmu disana...

dan aku teringin sangat laa untuk tau apa ceta depa2 ni.. so, sekali lagi sapa2 yang bleh tolong forwardkan address blog ni.. tolong lah forward kan kepada mereka2 itewww..

1. pic semasa hari sukan lagi.. (banyak gak ropanya pic ari sukan aku)..

lawan takraw.. team class aku.. apit, bad (azhar) dan fik..

apit - the latest news aku dengar, ada orang yang telah ditugaskan untuk menjejak kasihan apit.. jadi pada orang itu, sila update aku sebaik saja anda mendapat berita yer.. :)

bad (azhar) - telah tiba2 mengontek aku masa aku kat putrajaya.. so ada jumpa dia dalam tahun 2005 kalo tak silap lah.. skang ni pun ada jer dok online..

fik - wpun kg kami sangat dekat, di mana aku kena lalu p mai p mai umah dia bila aku balik kg, tapi tidak lah kami kerap berjumpa.. kali terakhir 2 tahun lepas aku rasa.. kat INTAN Sg Petani.. tu pun secara tidak sengaja, sama2 pegi sana atas urusan kerja.. sementelah (huh word) aku ngan dia sama kementerian.. jumpa dari jauh, sembang pun dari jauh.. pastu dia lak blah awal.. (mentang hari gaji - balik nak shoping ngan bini katanya) ker hang saja lari dari aku ni fik.. aaaa...


2. lagi pic hari sukan.. ni lagi gamba tahapa2.. tapi sekurang2nya aku (dan orang dalam pic) tau sapa yang ada dalam pic tu.. ni lagi manusia2 yang aku tak tau apalah ceta (tak la semua, 2 dari 6 orang tu bleh la dicontact lagi)..

(sila jangan buat tak ngaku yer, aku kenal)

dalam pic ni.. dari kiri. mie (ahmad suhimi); nigel (nigel parker janting); hafizul (budak suka makan eskem, aku pun suka tengok dia suka makan eskem); yang jauh nun disanun tu, along (aku sangat tak ingat nama penuh dia, sooori); yang membelakang pakai cap biru tu, din (ahmad zahirudin); yang sedang melangkah penuh gaya tu bad (izral)..

mie - din ader jumpa beliaw baru2 ni..

nigel, hafizul, along - tak der la aku dengar apa2 ceta meka ini..

din, bad (izral) - alhamdulillah, available untuk dicontact..

3. ni time bday aku.. 1998 depan flora inn.. (kalo ada yang menci jer tengok team kami time ni, sila JANGAN maki di sini yer.. biaq lah, budak2 baru nak besaq :D)

dalam gambar : e'e, ida, nash, maroll nii, shem, rabia, echa...

e'e - ada contact. (aku ada emel dia).. cuma untuk tahun ni, belom dengar kabar berita lagi..

ida - ada jer kat ym... ada emel pasal blog ni.. tapi tak tau dah masuk n vote ker belum (kak ida, kalo dah vote, bgtau ek)..

nash - last aku tengok dia, tengok pic kawen dia jer.. pastu just dengar citer dari member2 lain..
kalo in person, sejak dulu tu (abis belajar) memang tak pernah jumpa dah..

maroll nii - mm wallahu a'alam.. saper tah kata ada gak jumpa dia aritu... saper terjumpa sila jangan lupa mintak no hp la yer.. (takut terjumpa tapi tak kenal la plak kan)

shem - perancang bersama reunioun gath ini..

rabia dan echa - pun tak tau apa ceta.. echa jadi cekgu.. kawen orang tganu kot.. so skang kat mana pun ntah laa..

4. again, masa dinner @ holiday villa alor setar..

dari kiri : apit, ejam (pokcik), kak inaz, jai, din, nash.

apit - aku sangat tingin nak tengok watak apit skang.. sebab apit sangat suka wat cool - blur.. sama ada cool2 blur, atau blur2 cool (ikut keadaan)..

ejam - pun tak der dengar kabar berita. ada jumpa gak masa kat AIMKL..

kak inaz, jai, din - boleh dicontact di ym/facebook dsb.

okay... (sakit perut la plak..) so aku sudahkan dulu lah entry kali ni dengan pics yang sangat istimewaaa buat korang2 semua.. (hebat tak aku, ada pic ni..) haha..

korang buatlah karangan sendiri berpandukan gegambars di bawah yer.. haku dah nak blah (laki pun dah tdo agaknyaa.. siaan laki aku)*pic rosak sket.. sayang jer :(

.... to be continue
*harap bersedia untuk coming entry.. sila bukak album lama dan cerita lama kepada pasangan suami/isteri masing2 terlebih dahulu untuk kesejahteraan hidop anda..

Ahad, 10 Mei 2009

alkisaahh..

okey.. aku citer sket asal usul plan gathering kita ni..

ekceli aku di push dorong oleh shem untuk try to plan all this. sebabnya for all this while, kita lom penah wat reunion (selalu fail eja natang ni).. gath kecil2an tu ader la kan, ngan geng masing2 (yang memang dok jumpa pun kan).. huhu.. so hasil dari sembang2, bincang2, kutuk aku, kutuk hang.. then we make a move.. start from checking the facebook.. find and add all frens yang ada facebook.

know what, we spent almost one whole day bincang.. klik2 korang nyer friends list to check if we had all of yours. pastu tengok2 tak ramai yang ada facebook, we combined contact info lak.. shem check his phone book and pass it to me.. tapi tak sampai 50 orang pun :(

**selingan : sementara aku kejutkan korang dengan lebih banyak gamba dolu2, aku letak la collection aku untuk few years back.. jumpa kawan2 time kenduri2 kawen selalunya. juga small gath masa bbuka puasa.

- ni masa gee rodziah kawen. tak jumpa sesapa pun, aku ngan maz jer. kami p sekali : dec 2006

ok tu cerita asal usul idea (yang mcm tetibaa jer) ni, skang aku nak bgtau lak kenapa bulan 10.

aritu aku ada list kan senarai cuti tahun ni start from june till dec (kat fb la). then setelah ditimbang tara, macam tak sesuwei semua tarikh2 cuti yang ada tu.. first of all, paling aku tak setuju time cuti sekolah, of course time ni lah paling banyak aktiviti2 kekeluargaan akan dibuat macam ada kenduri kawen, kena balik kg etc.. so memang tak sesuwai lah..

- ni lak masa bbuka puasa kat hotel sentosa, alostar.. yang join, shada n hubby; tasnim; jujue n co; mokhriza n co : sep 2007

ok aku paste balik lah senarai cuti tu.. (aku tulih kat wall mokhriza rupanya, ingatkan kat wall aku.. huhu)

may- 1hb (fri) : labour day (tak leh, haku dah ada plan) - pass oredi
may- 9hb (sat) : wesak day - pass too

jun - 6hb (sat) : agong bday
jul - 11hb (sat) : tyt bday (penang ja okeh :D)...

abih.. pastu dalam bulan posa, ada cuti merdeka, nuzul quran, n raya posa..

continue
oct - 17hb (sat) : deepavali
nov - 27hb (fri) : raya haji
dec - 18hb (fri) : maal hijrah
dec - 25hb (fri) : krismas.

ok.. itu adalah cuti2 mereka yang berada di negara mesia buat tahun ni.. kalo korang2 yang harap dapat diawalkan dari bulan 10 tu memang rasa impossible sket.. sebab bulan 6 dan bulan 7 is sooo sooon... tak sempat nak arrange apa pun... contact orang pun lom abih g.. lagi nak form commitee.. pileh tempat, collect duit (apa korang ingat saja suka2, duit mau bagi dulu maa, baru berani).. :D

- ni masa kenduri bangfik, yang terjumpa ngan aku time tu, kak liza n co n payok n co sajer.. clash sket time ni, sebab ada 2 lagi kenduri di hari yang sama, kak ina ratu ngan hamim (kalo tak silap aku) : jun 2007

payork, bapak menyesali mithali

yang muncung tu anak sulong depa, tengah dilayan oleh laki aku

dan lepas tu adalah musim puasa dan raya.. takkan nak buat bulan puasa kot.. dah la masa lebih pendek di bulan puasa.. pastu kita nak jumpa kali ni biaq la puas ati sket (kot2 lepas ni bila dah bercucu baru leh jumpa balik), nak bergosip mengumpat mengata bagai kaan..

so tak yah la bulan puasa.. korang buat lah perjumpaan kecil2an kat tmpt korang dulu untuk bulan puasa ni.. sebab aku harap by that time (bulan 8-9) kita dah dapat decision on when n where.

pastu aku ada gak terasa2 nak buat time musim raya (sbb shem mula2 nak buat kat kedah) so, aku terpk2 orang2 yang akan balik kedah macam kak liza abang sham, payok dan shida.. sebabnya depa2 ni rajin gak ronda kawan2 time raya.. so cam ok la.. taapi macam tak ok gak.. sebab aku antara orang yang akan sangat bz di musim perayaan, apatah lagi korang kaan.. lagipun aritu mokh pun kata, tahun ni raya ganu.. so aku sangat setuju la takyah buat time ni, lagipun tak semua orang leh amik sesuka ati amik cuti lama2, (dah semua orang pun cuti time tu)..

ni lak masa art ngan fara kawen, ni jer yang aku jumpa : may 2007

there comes october.. sebab shem kata, kita tak yah laa carik cuti apa2... just amik weekend biasa.. betol gak, sebab cuti2 ni selalunya orang ada agenda lain (aku jgk la ni, kejap balik tgk mak, kejap mak mentua ajak jalan.. ni pun dah lama tak balik kg ni.. uwaaa rindduu.. sori emosi plak)

dan october jgk agak panjang masanya lagi untuk sampai, so we have enuff time to plan n prepare, hopefully (weeii tolong laa kawan2, bg jadi jgk..)

kalo lepas october, dah raya aji ngan cuti sekolah plak.. laagi la.. cuti sekolah aku berani janji weeiih..

ina bonda kawen.. sori ler.. pic kandid ni jer yang aku ada yang ada muka ramai orang.. yang lain satu2 jer : dec 2006 sebab masing2 muka penuh emosi, meh aku kenalkan. dari kiri, idawaty, maz, pengantin, tasnim n lis

tapi apa2 pun, kena tanya korang gak... apa pendapat majoriti.. bukan aku wat keja untuk diri sendiri, tapi untuk korang.. so, tooolong lah vote (waah dah macam kempen pilihanraya).. itu jer cara so far yang aku leh fikir untuk tanya korang.. untuk kumpul pendapat2 korang...

tima kaseh pada yang dah vote...

Jumaat, 8 Mei 2009

jawab poll untuk diri korang.. plss...

mm soori.. been soo busy lately...

sambung dengan niat asal create blog ni.. nak bincang pasal reunion..

so aku ada soklan2 yang nak ditanya pada kenkawan sumer.. jadi sila jawab di poll section.. undian ini akan menentukan apa akan jadi dengan gathering kita..

jadi sementara ni itu lah dulu yang aku rasa nak tanya..

dan ni ada gamba2 lain yang aku scan sekali ngan gamba kelas ari tu.. sila jangan tekejut tengok diri sendiri di masa muda yer.. hehe

1. ni time hari sukan first sem. kat kompleks sukan depan stadium tu..
2. dinner pas abeh first sem. kat holiday villa.. siap naik bas burok giler turun depan holiday villa.. (tol kan masa first sem kan.. tetiba cam terkonpiuss plak)
3. ni lak masa datang untuk register 2nd sem.. (untuk kisah2 peribadi, sila ingat sendiri la yer)

hehe tu jer untuk sementara waktu.. aku harap sangat dapat gambar dari geng lain.. meh la share gambar korang.. takkan semua dah bakar kot (esp yang chenta tak menjadi tu kan.. lekss aar, hahaha)...

**KAWAN-KAWAN,

harap dapat bgtau jugak kalau dah vote.. kalo nak join, takkan nak lindung2 lak kan.. bukan buat kajian kepuasan pelanggan pun.. huhu.. sila bgtau nama yer.. kat komen bleh, kat fb bleh.. mana2 jer, janji aku tau..

Jumaat, 17 April 2009

intro first

Salam semua..

blog ini diwujudkan untuk mengumpul pelajar2 IPMAS 1998 to 2000 aka 1st batch (untuk long course.. sebelum tu IPMAS hanya buat short course sajer..)

so anak2 sulong IPMAS ni, aku dah tak ingat berapa orang. cumanya untuk 1st intake, ada 2 class, pastu dah start belajar dan ada lagi orang masuk mendaftar, dah jadi 3 class, yaitu :

  • Intel (kelas aku ler)
  • Motorola
  • Chip Microsoft

pastu ada kelas CIT, a.k.a pra (pre).. semuanya sama lah tu:

  • Chip (betol tak ni, aku pun konpius).. sila la join sekali tanpa malu2 yer.. (kelas glamer ni kerana mempunyai ramai para2 wanita yang cun)..

so as a start, ni budak2 kelas Intel, sebab ni kelas aku so aku ada ler gambar nya

sila kenalkan diri masing2..

jangan ingat aku tak ingat ok.. aku ingat.. meh nak kenalkan :

berdiri dari kiri :

  1. mar - Marliana Rahayu Musa
  2. maz - Mazlina Husin
  3. along - hak.. tak ingat nama penuh dia. yang penah dpt bunga mesti ingat ni nama along..
  4. farah - Farah Wahida Marzuki
  5. ida - Ida Nur Iffah Ishak
  6. alamak apa nama ni ek
  7. siti - Siti Nor Rafizouh Hamat
  8. shem - Shamsur Hasan Mydin
  9. zura - Azura Anuar
  10. nash - Nashroh Nazlan
  11. kak ina - Harlinawati (tak ingat binti plak)
  12. marol niee- Kamarol Azman ek nama dia.. tak ingat sangat
  13. kak otiey - Nor Hayati Ismail
  14. fikri - Ahmad Fikri Bakar
  15. liza - hehe. soori tak ingat nama penuh
  16. zila - Nur Azilah Yahaya
  17. zueham - Zumurni Hamzah

mencangkung kat bawah :

  1. shada - Sahidah Ahmad
  2. awie - Mohd Falwi
  3. apit - Muhammad Hafiz Khalid
  4. youne - Nurul Huda (Hamzah kalo tak silap, tapi tak berani sebab tak sure)
  5. ayap - Muhammad Asyraf Hashim
  6. din - Ahmad Zahirudin Mashuri

aa 88% aku ingat okey... :D tapi ekceli ada lagi budak2 kelas Intel yang tak der dalam ni. aku tak sure lak sebab apa.. depa tak der di tempat kejadian atau depa tak bergelar student IPMAS lagi, tapi ni time pas exam kat sekolah cina apa tah nama tak ingat..

sapa2 jer yang ada gamba kelas, sila email ke ipmas98@gmail.com

juga sapa2 yang rasa muka ada kat sini, sila tampil buat pengakuan berani mati okey... hehe...